Write For Us

Pelajar tahfiz digalak bergaul dengan pelajar bukan Islam

Loading...
Google Rank
59 Views
Published
Pelajar tahfiz digalakkan bercampur-gaul dengan pelajar bukan Islam bagi mengelakkan sikap menganggap diri sendiri yang betul (self-righteousness), kata Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Mohamed Hatta berkata, ia juga boleh mengelakkan mereka "sesat dari kemanusiaan".
"Saya takut bukan saja sesat dari agama tapi juga sesat dari kemanusiaan.
"Saya percaya al-Quran itu benar dan saya juga sokong (sekolah) tahfiz.
"Tapi saya bimbang kalau pelajar sekolah tahfiz tidak bercampur dengan orang bukan Islam," katanya pada forum bertajuk Bahasa Jiwa Bangsa di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment