Write For Us

Pelaksanaan semula PPSMI dikaji secara terperinci - Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
75 Views
Published
Pelaksanaan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sedang dikaji secara terperinci dengan menyediakan sistem baharu melibatkan pengajaran melalui teknologi maklumat (IT).
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata melalui sistem itu, pengajaran yang direkod oleh guru terbaik akan diguna di setiap sekolah, supaya kecekapan guru itu dapat dinikmati semua murid dan pelajar.
"Dengan cara ini, semua penuntut akan capai hasil yang hampir sama," katanya menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang ingin tahu adakah PPSMI akan diperkenal semula, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment