Write For Us

Pelantikan Sheikh Omar dalam Yadim atas kelayakan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof mengesahkan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Johor Sheikh Omar Ali sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Mujahid berkata pelantikan Adun dari DAP itu tidak sepatutnya mencetuskan kontroversi kerana pemilihannya dibuat berdasarkan kelayakan dimilikinya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi Townhall bersama penyelidik dan pengamal media di ibu negara, hari ini.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan mengenai pelantik Adun DAP sebagai lembaga pemegang amanah Yadim.
Menurut sumber, Sheikh Omar dilantik ke jawatan itu untuk tempoh dua tahun dan watikah pelantikannya akan disampaikan oleh Mujahid di Putrajaya esok.
Sheikh Omar, yang juga exco pembangunan usahawan, koperasi, penerangan dan ekonomi kreatif Johor, mendapat pendidikan peringkat ijazah dalam bidang usuluddin di Universiti Malaya (UM) dengan pengkhususan dalam dakwah.
Pelantikan Sheikh Omar itu dipercayai yang pertama melibatkan pemimpin DAP ke dalam institusi agama berkaitan kerajaan pusat.
Sumber juga berkata latar belakang Sheikh Omar sebagai pemimpin DAP bukan masalah untuk pelantikan itu.
Yadim kini dipimpin oleh Yang Dipertuanya yang baru Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Nik Aziz Nik Mat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment