Write For Us

'Peletakan jawatan saya muktamad!'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Anggota Parlimen PKR, William Leong menceritakan bagaimana seorang sami Buddha telah membakar dirinya untuk menyampaikan mesej.
Walaupun Anggota Parlimen Selayang itu tidak akan berbuat demikian, namun beliau bersedia untuk melihat kerjaya politiknya "menjadi abu" atas dasar mempertahankan prinsip.
Dalam temu bual dengan Malaysiakini dan KiniTV hari ini, William berkata beliau tiada ruang untuk mempertimbangkan semula keputusan keluar daripada biro politik PKR berikutan rundingan berterusan parti itu dengan PAS.
"Sekiranya saya serius menegaskan tentang isu ini. Saya tidak boleh mengatakan esok bahawa saya telah mengubah fikiran saya, saya tidak boleh membunuh diri tetapi saya boleh membakar kerjaya politik saya," katanya.
Leong berharap keputusannya akan meyakinkan kepimpinan PKR untuk menimbangkan semula kerjasama dengan PAS.
"Ia bukan seperti tuntutan atau ugutan - ia dibuat atas dasar untuk memberitahu PKR bahawa ini adalah isu penting, dan mereka perlu memikirkannya sekali lagi," jelasnya yang telah berkhidmat selama dua penggal.
William, 60 menegaskan bahawa walaupun kompromi penting dalam politik, namun ia harus berasaskan prinsip.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment