Write For Us

'Pelik bin ajaib, dulu kata negara bankrap kini puji pula'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melahirkan rasa terkejut apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan memuji strategi kementerian itu sejak 10 tahun lalu di bawah pentadbiran BN.
Memetik hantaran di Facebooknya, Najib berkata beliau hairan kerana sebelum ini mereka mendakwa negara sudah hancur dan semakin bankrap di bawah BN namun kini memuji pula.
MITI dilaporkan berkata, strategi yang dilaksanakan kementerian itu sejak 10 tahun lepas terbukti berjaya menarik pelaburan swasta bernilai RM1.9 trilion dalam semua sektor ekonomi.
Bernama hari ini yang melaporkan kenyataan MITI, berkata walaupun pasaran pelaburan dunia mengalami kelembapan, Malaysia masih mampu mencatat pelaburan diluluskan bernilai RM197.1 bilion dalam sektor-sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama pada 2017.
Pelaburan itu membabitkan sebanyak 5,466 projek yang dijangka berupaya mewujudkan sebanyak 139,520 pekerjaan di negara ini.
Menurut MITI, perdagangan Malaysia juga cemerlang pada 2017 apabila mencatat kadar pertumbuhan tertinggi dalam tempoh 13 tahun serta kekal kukuh pada November 2018 dengan berkembang sebanyak 3.2 peratus bagi tahun ke tahun kepada RM162.03 bilion.
Eksport turut tumbuh sebanyak 1.6 peratus tahun ke tahun kepada RM84.79 bilion pada November 2018 manakala import meningkat 5.0 peratus kepada RM77.24 bilion yang menyumbang kepada lebihan dagangan sebanyak RM7.55 bilion.
Malah, lebihan dagangan itu merupakan bagi bulan ke-253 berturut-turut sejak November 1997.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment