Write For Us

Peluang sertai sukan ekstrem di KWC 2020

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Buat julung kalinya, Kids Warrior Challenge (KWC) 2020 bakal menemui pelajar sekolah di seluruh negara dengan Perlis menjadi destinasi pertama dituju bermula 27 Februari ini.
KWC 2020 adalah acara sukan tempuh berhalangan hasil inisiatif syarikat acara, SH Timeline Creative yang mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Menurut Pengarah SH Timeline Creative, Siti Ruhaizah Kastop, sekalipun baharu diperkenalkan tetapi program itu direka khas dalam skala besar untuk pelajar sekolah berusia 7 hingga 15 tahun.
Tujuan program diwujudkan adalah bagi menguji kekuatan fizikal dan mental kanak-kanak kepada sukan ekstrem yang direka khas kepada pelajar-pelajar sekolah.
Ia juga bagi mendedahkan pelajar sekolah dengan sukan ekstrem yang amat popular di Malaysia ketika ini.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran KWC 2020 (peringkat sekolah-sekolah Malaysia) pada Ahad, 16 Februari.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment