Write For Us

Peluang untuk Ravi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Peluang kedua untuk hidup tidak disia-siakan Mohd Ravi Firdaus Abdullah untuk bangkit walaupun kaki kirinya kudung kerana dipotong selepas terkena jangkitan leptospirosis atau kencing tikus pada Ogos 2018.
Meskipun sukar untuknya menerima hakikat itu pada mulanya, Mohd Ravi atau nama gelarannya, Ravi, 54 reda dengan ketentuan kerana menyedari ada lagi individu yang kurang bernasib baik.
Berbekalkan keinginan untuk berdikari, sokongan keluarga dan rakan, Ravi berusaha mencari rezeki dengan menjual kek pelbagai perisa serta biskut menerusi dalam talian sejak Januari tahun lalu.
Menceritakan rutin hariannya, Ravi berkata, kemahiran membuat kek dan biskut dipelajarinya sejak berumur 18 tahun lagi cuma kesibukan kerja menghalangnya aktif dengan hobi itu.
Kini, dia dapat memberi tumpuan kepada aktiviti itu yang secara tidak langsung menjana pendapatannya tanpa bergantung sepenuhnya dengan elaun bulanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment