AVA360 Advertising

Pemandu mabuk sebabkan kematian bakal dipenjara 20 tahun

Loading...

Thanks! Share it with your friends!

You disliked this video. Thanks for the feedback!

Added by admin
5 Views
Kerajaan bakal meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi meningkatkan hukuman lebih berat kepada individu yang memandu secara berbahaya dan mabuk hingga menyebabkan kematian.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata, pindaan undang-undang itu membabitkan denda lebih tinggi termasuk hukuman penjara sehingga 20 tahun terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol.
Menurutnya lagi, Kabinet secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pemandu yang membuat kesalahan tersebut.
Kerajaan juga menyerahkan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk mengambil langkah menggubal undang-undang di Dewan Rakyat.
Pada sidang media 29 Januari lalu, Anthony Loke memaklumkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dipinda untuk memberi hukuman lebih berat dan setimpal kepada mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol.
Category
TV Saluran - TV Channel

Post your comment

Sign in or sign up to post comments.

Comments

Be the first to comment