Write For Us

Pemanduan unggul Proton X70 2020

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Selepas berbulan mendengar banyak khabar angin berkaitan ‘anak emas’ baharu Proton, akhirnya penulis berpeluang ‘menerbangkan’ Proton X70 2020 pemasangan tempatan (CKD) ke Kuantan, Pahang.
Bermula di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) di Subang Jaya, Selangor, 10 kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 2020 bergerak sama ke Kuantan.
Untuk rekod, pembaharuan paling komprehensif pada Proton X70 2020 ialah pengenalan Transmisi Klac Berkembar tujuh-kelajuan (7-DCT) bagi menggantikan Transmisi Automatik enam kelajuan (6AT) yang digunakan sebelum ini.
Melalui kotak gear baharu ini, ia membantu mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 13 peratus kepada 7.6l liter per 100 kilometer.
Pada masa sama, ia turut menjadikan penukaran gear lebih lancar dan cepat seterusnya memberi pengalaman pemanduan lebih unggul.
Terdahulu, penulis diberi peluang merasai kecanggihan SUV ini seperti teknologi Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW) dan kamera 360 darjah.
Sepanjang perjalanan ke Kuantan, penulis mendapati, Proton X70 2020 yang dipasang sepenuhnya di kilang Proton di Tanjung Malim, Perak bukan saja responsif malah cukup kukuh daripada segi imbangan serta kawalan.
Paling menarik, penulis langsung tidak terasa gegaran atau kenderaan membuang ketika melalui banyak selekoh tajam pada kelajuan tinggi di Lebuhraya Karak.
Sepanjang menguji prestasi pada kelajuan tinggi, penulis hanya memperlahankan kenderaan apabila kenderaan sedikit bergoyang akibat angin kuat yang melanda di beberapa kawasan lebuh raya yang lapang.
Penulis dan rakan media lain tiba di Kuantan pada sebelah petang dan keesokan harinya, kami bertolak pulang ke Shah Alam.
Sepanjang perjalanan pulang, pemanduan pula lebih santai kerana penulis mahu menikmati kesegaran dan pelbagai persembahan ruang dalaman Proton X70 2020.
Cuaca agak panas, namun hasil tambah baik jurutera SUV ini, kerusi pemandu dan penumpang depan bagi varian Premium dan Premium X kini dilengkapi kerusi berventilasi.
Kerusi berventilasi ini membuatkan pemanduan menjadi lebih nyaman.
Pada masa sama, bahagian tempat duduk pemandu yang kemas dan elegan membuatkan pemanduan lebih santai.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment