Write For Us

Pemangku Raja Kelantan hargai projek infrastruktur persekutuan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra hari ini merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan persekutuan atas pelbagai projek pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan di negeri ini.
Ini termasuklah cadangan Projek Jajaran Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka bermula dengan pengecaman jajaran dan pengambilan tanah pada tahun ini.
"Beta bersyukur jajaran yang bermula dari Gombak, Selangor ini akan dipanjangkan sehingga ke Pengkalan Kubor di sempadan Kelantan dan Thailand," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-13 di Kompleks Kota Darul Naim, semalam.
Baginda bertitah antara projek infrastruktur kerajaan persekutuan ialah pembinaan Jalan Pasir Mas 'Bypass' Fasa Dua, menaik taraf Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu secara berfasa serta projek jejambat merentangi bulatan Wakaf Bharu yang akan dimulakan dalam tempoh terdekat.
Baginda turut sukacita langkah kerajaan negeri merancakkan pembangunan infrastruktur asas sebagai pemangkin kepada kemajuan sosioekonomi negeri.
"Beta berharap melalui projek pembangunan infrastruktur seperti Projek Menaik Taraf Jalan Pasir Hor-Pasir Jelatang dan pembinaan sebahagian Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Bukit Tiu dan Kampung Berangan Mek Nab akan menjadi projek yang boleh memberi keselesaan kepada rakyat," titah baginda.
Baginda juga merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri dan agensi-agensi persekutuan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang menganjurkan program untuk menarik pelabur ke negeri ini.
"Beta difahamkan kerajaan negeri bersama MIDA sedang berbincang dengan pelabur dari China untuk membangunkan industri simen di jajahan Gua Musang yang dijangka akan membawa masuk nilai pelaburan berjumlah RM1.5 bilion," titah baginda.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment