Write For Us

Pembangkang protes keluar dewan, Nga gantung Noh 3 hari

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming menggantung Noh Omar (BN-Tanjung Karang) daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama tiga hari.
Ia susulan pertikaian lidah mereka semalam, di mana Noh dikatakan menyifatkan Nga tidak layak menjadi timbalan yang dipertua.
Nga berkata keputusan itu diambil kerana kenyataan Noh itu adalah satu penghinaan kepada institusi Yang Dipertua Dewan Rakyat.
"Tanjung Karang dengan jelas sengaja menghina majlis mesyuarat (sidang parlimen) atau tidak mengendahkan kuasa pengerusi, (serta) tohmahan yang pengerusi (speaker) tidak layak memegang jawatan itu... Ia adalah perbuatan menghina majlis atau penghinaan terbuka kepada pengerusi.
"Oleh yang demikian, berdasarkan kuasa kepada saya, saya memerintah Tanjung Karang keluar dari majlis mesyuarat bagi tempoh tiga hari, iaitu pada 19, 20 dan 21 Mac," katanya.
Semalam, Noh menyifatkan Nga tidak layak memegang jawatan itu susulan kenyataannya sebelum ini bahawa Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan yang ditadbir Taliban jika Umno dan PAS membentuk kerajaan.
Mohamed Said (BN-Kuala Krau) membantah keputusan itu dan berkata Noh tidak ada di Dewan Rakyat untuk mempertahankan dirinya.
Mohamed juga menggesa Nga untuk memberi peluang kepada Noh memberi penjelasan dan menarik balik kenyataannya. Nga bagaimanapun enggan berbuat demikian.
Ismail kemudian keluar dari Dewan Rakyat diikuti anggota parlimen BN dan PAS yang lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment