Write For Us

Pemberian beras, derma adalah rasuah, kata BERSIH

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
140 Views
Published
Bercanggah dengan kenyataan seorang pegawai kanan SPRM Datuk Azam Baki., Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah berkata kepada Malaysiakini, pemberian beras dan derma adalah satu bentuk pembelian undi.
Azam dilaporkan berkata bahawa menawarkan bantuan seperti beras atau sumbangan kepada rakyat miskin, bukan merupakan sumbangan rasuah.
Selain itu, katanya, janji pilihan raya juga tidak dianggap sebagai rasuah kerana ia sebahagian daripada kempen untuk menarik pengundi.
Maria juga turut mempersoalkan selepas pembubaran Dewan Rakyat, tiada lagi janji sewaktu pilihan raya seperti yang sering dilakukan dalam kempen pilihan raya.
Beliau juga berkata bahawa program kebajikan seumpama itu lazimnya dibuat sepanjang tempoh pilihan raya
Tambah Maria, Malaysia memerlukan kerajaan sementara untuk memastikan kerja pentadbiran semasa pilihan raya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment