Write For Us

'Pemberontakan' Dr M jadi duri dalam daging buat Bersatu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
68 Views
Published
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, yang memimpin gabungan Perikatan Nasional (PN), majoriti anggota Parlimen parti itu akan berada di kerusi kerajaan dan majoriti kecil lagi yang bersama Dr Mahthir Mohamad akan duduk bersama pembangkang.

Ini mungkin akan menjadi pemandangan yang membingungkan dan belum pernah terjadi sebelumnya. Bagaimanapun ramai pemimpin Bersatu enggan menggulas mengenai perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 20 April lalu, Dr Mahathir menjelaskan bahawa dia tidak akan duduk di bahagian kerajaan dan bahawa Bersatu yang bermaksud "bersatu" atau "menjadi satu" pada dasarnya terbelah dua.

Menurut orang dalam parti itu yang bercakap dengan Malaysiakini, kepemimpinan parti tidak boleh menghukum Dr Mahathir kerana duduk di bangku pembangkang.

Katanya, peraturan parti menetapkan bahawa ahli hanya boleh diberhentikan sekiranya orang itu menyertai parti lain, bertanding dalam pemilihan pejabat awam menentang calon Bersatu, menuntut parti itu atau kehilangan kewarganegaraan Malaysia.

Beberapa pemimpin parti itu sepakat bahawa sebarang percubaan untuk menghukum Dr Mahathir atau anggota Parlimen parti yang berpihak kepada pembangkang akan menjadi proses yang sukar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment