Write For Us

Pembinaan MRT 2 siap 70 peratus

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
54 Views
Published
Kerja pembinaan MRT 2 berjalan lancar dengan mencapai kemajuan 70 peratus, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Beliau berkata, kerja pembinaan dijangka siap pada 2022 dan MRT 2 dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2023.
Katanya, fasa pertama MRT 2 yang bermula dari stesen Kwasa Damansara ke stesen Kampung Batu akan beroperasi pada Julai 2021.
"Fasa dua antara stesen Kampung Batu ke Putrajaya Sentral akan mula beroperasi menjelang 2023," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pemeteraian perjanjian tambahan bagi MRT 2 antara Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan MMC-Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd di sini, hari ini.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment