Write For Us

Pemecatan MP, Adun hanya lemahkan Bersatu - Ahli Akademik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
5 Views
Published
Langkah Bersatu memecat wakil rakyatnya yang berpaling tadah tidak akan mencetuskan pilihan raya kecil, sebaliknya hanya akan melemahkan kuasa tawar-menawar mereka dengan parti lain dalam PN.

Pakar berpandangan enam ahli parlimen dan seorang Adun itu akan kekal sebagai wakil rakyat bebas walaupun dilucutkan keahlian oleh Bersatu, sekali gus parti terbabit kehilangan tujuh wakil rakyatnya.

Ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Syaza Shukri, berkata ketiadaan wakil rakyat terbabit tidak banyak mengubah kekuatan politik pembangkang.

Syaza berkata ia juga akan menimbulkan persoalan mengenai kesetiaan ahli parlimen Bersatu berbanding wakil rakyat PAS, sekaligus mengurangkan kuasa tawar-menawar Bersatu dalam PN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment