Write For Us

Pemimpin DAP nikmati bak kut teh sebagai menyokong pengiktirafan makanan warisan negara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
14 Views
Published
Sekumpulan pemimpin DAP hadir ke restoran Yeoh Bak Kut Teh di Persatuan Hokkien Klang untuk bak kut teh sebagai menyokong inisiatif kerajaan memasukkan masakan Cina sebagai salah satu makanan warisan negara.

Untuk menekankan bahawa bak kut teh bukan sekadar hidangan daging babi, mereka meminta versi ayam dan vegetarian bersama yang tradisional.

Wakil Persatuan Bak Kut Teh Klang, Benjamin Tan dalam sidang medianya melahirkan penghargaan kepada kerajaan kerana menghargai bak kut teh sebagai makanan warisan dan percaya dengan pengiktirafan itu dapat menarik pelancongan tempatan.

Mereka yang hadir termasuklah veteran DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng, Adun Bandar Baru Klang Dr Quah Perng Fei.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment