Write For Us

Pemimpin dewan perniagaan Perak direman dua hari

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Seorang pemimpin sebuah dewan perniagaan di Perak direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek-projek memajukan tanah di sebuah lokasi di Perak serta pembekalan bahan binaan pada 2014.
Perintah reman sehingga 12 Julai itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini.
Suspek berusia 47 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya kira-kira 4 petang semalam.
Setakat ini, pihak SPRM masih belum melakukan sebarang sitaan membabitkan suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment