Write For Us

Pemimpin Tertinggi Iran menangis ketika solat jenazah komander Soleimani

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menangis ketika mengimamkan solat jenazah komander tentera Iran, Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) di Iraq.
Pemimpin tertinggi itu sebak ketika berdoa, memaksa beliau memberhentikan bacaannya seketika.
Keranda Soleimani dan pemimpin tertera Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis, yang turut terbunuh dalam serangan pada Jumaat itu, dibalut dengan bendera negaranya.
Upacara berakhir dengan pengebumian Soleimani di kota kelahirannya di Kerman, di selatan Iran.
Sementara itu, ribuan rakyat Iran turun memenuhi jalan utama di ibu kota Tehran untuk mengucapkan selamat tinggal kepada komander Quds Force, unit yang bertanggungjawab dalam operasi luar Iran. - Reuters
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment