Write For Us

Pemuda AMANAH lapor SPR kepada polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
151 Views
Published
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Nasional hari ini membuat laporan polis besar-besaran bagi menggesa siasatan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak lagi mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) kepada parti politik.
Tindakan ini ekoran tidak berpuas hati terhadap sikap pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah yang terus membisu sejak demonstrasi yang diadakan seminggu yang lalu.
Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan berkata, apa yang lebih mencurigakan pihaknya kini adalah apabila mendapati terdapat senarai terbaru daftar pemilih bagi suku pertama 2017 dalam buku RDPT itu.
Di mana menurut Nik Abdul Razak, pada 29 April yang lalu SPR telah menyatakan yang mereka tidak lagi akan membekalkan salinan cakera padat dan buku RDPT yang mana didalamnya terkandung senarai terbaru pilih bagi suku pertama 2017.
Kata Nik Abdul Razak, ini kerana suku pertama 2017 mencatatkan pendaftaran paling tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Nik Abdul Razak berkata demikian ketika ditemui di perkarangan IDP Dang Wangi hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment