Write For Us

Pemuda PAS lulus usul kuota 30 peratus calon muda bertanding PRU15

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
28 Views
Published
Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) sempena Muktamar Tahunan PAS ke-68 hari ini meluluskan usul mencadangkan sebanyak 30 peratus calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) daripada parti itu terdiri daripada golongan muda.

Usul itu bagi memastikan lebih ramai calon muda diberikan peluang untuk bertanding dalam pilihan raya umum berkenaan selaras dengan pelaksanaan Undi18.

Bercakap kepada pemberita selepas sesi penangguhan muktamar itu, Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata meskipun terdapat cadangan supaya kuota calon muda ditambah kepada 50 peratus, pihaknya tetap dengan ketetapan kuota 30 peratus itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment