Write For Us

Pemuda pembangkang tubuh jawatankuasa khas tangani isu rakyat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Mesyuarat sulung pemuda pembangkang membabitkan Umno, PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Berjasa hari ini mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas membabitkan empat sayap parti itu.
Perkara itu diumumkan Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi pemuda pembangkang demi agama dan rakyat.
"Penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk menangani isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat. Banyak sangat penipuan demi penipuan yang tidak dihiraukan Pakatan Harapan (PH).
"Ia (penipuan) ini perlu diterangkan secara bersiri dan istiqamah oleh pemuda pembangkang. Kita perlu menjadi suara yang mendengar denyut nadi rakyat," katanya selepas mesyuarat pemuda pembangkang di Semenyih, semalam.
Selain itu katanya, jawatankuasa itu juga akan memfokuskan gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih.
"Kita akan selaraskan jentera untuk melakukan gerak kerja secara bersama di peringkat pusat daerah mengundi (PDM)," tambah beliau.
Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ketua Pemuda Ikatan, Shahir Adnan dan Ketua Pemuda Berjasa, Iqbal Hakim Abdul Razak.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment