Write For Us

Pemuda PH adukan ucapan anak Hadi ke polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands berhubung kenyataan dibuat Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi semasa berceramah di Kampung Keledek dekat Jelai malam tadi.
Lee yang juga Timbalan Ketua Pemuda PH, berkata dalam ceramah itu, anak Presiden PAS Abdul Hadi Awang itu didakwa menuduh DAP mahu menggugurkan Islam daripada kedudukannya sebagai agama rasmi negara.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan berkenaan di pekarangan IPD Cameron Highlands, hari ini.
Hadir sama Pengerusi PKR Pahang yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Muhammad Khalil ketika berucap ceramahnya di Kampung Keledek semalam mendakwa DAP mahu membuang Islam daripada agama rasmi negara ini.
Katanya sejak mendapat kuasa parti itu mengganggu pelbagai institusi Islam dan raja.
Kampung Keledek adalah satu daripada tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu selain PDM Sungai Koyan Satu dan Kota Raja.
Sementara itu, Fuziah berkata, PAS dan Umno tidak sepatutnya menggunakan kenyataan sedemikian demi memancing undi.
Malah, Fuziah turut mengingatkan PAS dan Umno supaya jangan bercakap mengenai Islam ketika mereka beranggapan lebih suci berbanding orang lain.
Katanya, untuk itu, beliau turut menyokong usaha DAP membuat laporan polis bagi menyiasat perkara itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment