Write For Us

Pemuda: Umno terap 'perkauman' untuk alih isu nasional

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
133 Views
Published
Pemuda Pakatan Harapan bersama ARMADA, sayap Parti BERSATU menolak sekeras-kerasnya sentimen perkauman sempit yang dimainkan oleh Umno dalam usaha untuk mengalihkan isu kritikal yang melanda negara.
Antara isu-isu yang hangat diperkatakan adalah mengenai gejala rasuah yang melibatkan ahli Umno dan juga kos sara hidup yang tinggi.
Menurut Pemuda Pakatan, sentimen perkauman pernah dimainkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada PRU 13 yang menyebut, 'Apa lagi Cina mahu', kenyataan Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa komuniti pengguna melayu memboikot peniaga Cina dan yang terbaru adalah kehadiran Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengerakkan Baju Merah.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ketua Pemuda DAP Selangor, Tee Hoong Keat, Ketua AMK Selangor Afzainizam B Rahman dan Ketua ARMADA Selangor, Adhif Syan Abdullah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment