Write For Us

Penahanan Isa 'wayang'? Buktikan, kata Shahidan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
146 Views
Published
Tuduhan kononnya penahahan Tan Sri Isa Samad merupakan wayang yang dirancang Barisan Nasional (BN) adalah tidak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata penahanan bekas pengerusi Felda itu tidak seharusnya dikaitkan dengan BN memandangkan ia dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya hendak beritahu semua pihak dan rakyat Malaysia, untuk lakukan sesuatu kena ada pengarahnya. Ingat apa yang berlaku adalah dari arahan kerajaan. Ini tidak adil.
"Tidak mungkin setiap perkara berlaku adalah arahan dari kerajaan, siapa yang hendak lakukan kerja seperti itu, kami pun tidak larat. Banyak lagi kerja kita untuk membina dan membantu rakyat.
"Kalau ada bukti yang kononnya penahanan Isa ini adalah wayang dari BN sila buktikan. Buktikan bahawa ia adalah wayang," katanya sewaktu ditemui pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.
- Isa direman 5 hari
Isa direman selama 5 hari bagi membantu siasatan SPRM dalam kes pembelian 2 oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin bagaimanapun menegaskan tangkapan sahaja tidak cukup dan Isa harus dihadapkan ke muka pengadilan susulan dakwaan skandal dalam Felda Investment Corporation (FIC)
“Sekiranya mempunyai bukti yang kukuh dan prima facie, beliau sewajarnya didakwa untuk menunjukkan bahawa PM benar-benar serius memerangi rasuah walaupun beliau sendiri terpalit dengan skandal 1MDB dan lain-lain,” katanya.
Dalam kenyataan hari ini, Shamsul juga mengingatkan kerajaan “tidak bermain wayang dengan membuat siri tangkapan tanpa diheret ke muka pengadilan."
“Rakyat sudah muak dengan tangkapan tanpa tuduhan,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment