Write For Us

Penantian 8 bulan berakhir

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
"Alhamdulillah, kesemua lima orang (tebusan) diselamatkan dan sudah diserahkan kepada keluarga masing-masing.



"Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam misi untuk melepaskan mereka.”



Itu kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ketika menyerahkan tiga lagi rakyat Malaysia yang diculik kumpulan Abu Sayyaf di Filipina, iaitu Fandy Bakran, 27, Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33, di kediamannya di Jalan Taman Duta, pagi ini.



Najib berkata, pelepasan berkenaan dibuat sempena hari jadi Duterte yang ke-72 sebagai tanda keakraban antara republik itu dan Malaysia.



"Saya juga berterima kasih atas usaha dan kejayaan tentera Filipina, Polis Diraja Malaysia dan Kelab Putera 1Malaysia dalam usaha membawa balik dan bantu bawa mereka.



"Mereka akan dimasukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment