Write For Us

Penduduk mahu adu ke SPRM jika MB S'gor teruskan projek PJD-Link

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
Penduduk Puchong harini hadir ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor bagi menyatakan bantahan permohonan semula dari pemaju bagi meneruskan cadangan pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Penyuraian Trafik Petaling Jaya (PJD Link).

Jurucakap penduduk bantah Projek PJD-Link, Dhanaraj Arumugam berharap Menteri Besar Selangor menunaikan janji ketika kempen PRN Selangor lepas dimana kerajaan negeri berjanji untuk membatalkan projek PJD-Link.

Sebelum ini pada 31 Julai 2023, Kerajaan Selangor memutuskan untuk membatalkan cadangan pembinaan PJD-Link.

Menteri besar sementara ketika itu, Amirudin Shari berkata kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan pelan yang dikemukakan, khususnya dengan laporan penilaian impak sosial.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment