Write For Us

Penerbit filem harap Najib jadi penyelamat Coofie

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Sebuah syarikat penerbitan filem berharap campur tangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh membantu mereka menyelesaikan masalah menghasilkan sebuah filem mengenai kepolisan, pemerdagangan manusia, ah long dan pembekalan senjata haram.
Menurut penerbit filem Ella Royantty Ruslan, Najib menjadi harapan syarikatnya untuk merealisasikan penghasilan filem Coofie selepas usaha mereka mendapatkan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) gagal.
Bercakap kepada Malaysiakini, Ella Royantty berkata dia sangat kecewa kerana keputusan Finas itu membunuh harapan generasi muda seperti dirinya.
“Pada saya kalau orang nak memulakan langkah sebagai penerbit atau pengarah, Finas sepatutnya bagi bantuan.
“Yang penting dengan surat tawaran bantuan Finas itu orang seperti saya boleh memulakan kerjaya. Malangnya dari awal dia (Finas) macam dah bunuh kami,” katanya.
Ella Royantty, 32, hadir di pejabat Malaysiakini baru-baru ini atas kapasitinya sebagai penerbit filem Coofie yang sepatutnya dikeluarkan oleh syarikat miliknya, Buffalo Orange Production Sdn Bhd (Buffalo Orange).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment