Write For Us

Pengambilalihan tol: Kerajaan jimat RM5.3 bilion, kata Guan Eng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
67 Views
Published
Kerajaan mampu mendapatkan penjimatan sebanyak RM5.3 bilion melalui pengambilalihan empat konsesi lebuhraya, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Menurut beliau, pengguna pula dapat menjimatkan RM180 juta setahun, memandangkan harga tol telah dikurangkan mengikut caj kesesakan, iaitu penjimatan hampir RM2 bilion sepanjang hayat keempat-empat konsesi tersebut.
“Konsesi keempat-empat ini adalah antara sembilan hingga 23 tahun tinggal (berbaki) sebelum hayat konsesi ini tamat.
“Semua pengguna tol masih perlu membayar tol mengikut kontrak konsesi yang sedia ada, tapi sekiranya diambilalih, malah mereka boleh bayar kadar caj kesesakan jauh lebih murah daripada apa yang mereka bayar sekarang.
“Jadi saya merasakan ini sekali lagi menunjukkan ia memberikan manfaat kepada semua pihak seperti yang saya sebutkan tadi,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan telah memulakan rundingan bersama Gamuda Bhd bagi tujuan pengambilalihan empat konsesi lebuh raya dengan pegangan majoritinya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart.
Lim berkata demikian ketika menjawab soalan Wee Ka Siong (BN -AyerHitam) yang memintanya menyatakan rasional kerajaan berhasrat untuk mengambil alih pengendalian empat lebuh raya dengan tawaran RM6.2 bilion.
Soalan tersebut merupakan bagaimana pembayaran dibuat dan daripada mana sumber dan diperoleh serta mengapa caj kesesakan dipekenalkan bagi menggantikan tol dan apa pula kebaikan yang dinikmati oleh rakyat.
Bagaimanapun, Lim tidak menjawab soalan tambahan daripada Wee yang antaranya menyoal mengapa caj kesesakan akan terus dibayar walaupun tempoh konsesi telah tamat.
Pada 21 Jun lalu, Lim mendedahkan empat lebuh raya itu memiliki 48 peratus pegangan saham bagi lebuh raya bertol di bandar (tidak termasuk yang dikendalikan oleh Plus Malaysia Bhd) berdasarkan hasil kutipan tol.
Lim berkata beliau berharap syarikat-syarikat itu boleh diambil alih pada harga yang "adil dan munasabah".
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment