Write For Us

Pengampunan Najib: 'Keputusan tidak memuaskan semua pihak' - Zaid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
25 Views
Published
Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata banyak "soalan yang tidak terjawab" mengenai keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara dan denda Najib Abdul Razak telah membawa kepada rasa tidak puas hati semua pihak.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, Zaid mendakwa kerajaan telah gagal dalam usahanya untuk menenangkan semua pihak yang berminat untuk mendapatkan pembebasan segera Najib atau sebaliknya.

Semalam, Lembaga Pengampunan mengumumkan bahawa ia telah mengurangkan tempoh penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, ini bermakna Najib akan dibebaskan dari penjara pada 23 Ogos 2028.

Dalam mesyuarat pada 29 Jan, lembaga itu juga mengurangkan denda yang dikenakan ke atas bekas perdana menteri itu daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment