Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penganjur Nothing To Hide 2.0 akan dipanggil untuk siasatan berikutan kekecohan yang tercetus di Shah Alam, Ahad lepas.
"Penganjur jangan ingat boleh lepas tangan begitu sahaja.
"Hakikatnya penganjur bertanggungjawab diatas keselematan (dalam program tersebut)" katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Program Nothing to Hide Ahad lalu yang bermula pada jam 3 petang itu kemudian bertukar menjadi ganas pada kira-kira jam 5.30 petang, ketika bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang menjawap soalan mengenai isu Memali.
Selipar dan kasut dilemparkan ke arah Dr Mahathir. Ini diikuti oleh beberapa objek lain termasuk kerusi, botol air dan suar di dalam dewan.
Bagaimanapun, tiada objek mengenai Mahathir apabila anggota keselamatan bergegas untuk melindunginya. Pertempuran kemudian berlaku apabila penyokong BERSATU cuba menghadapi provokasi berkenaan yang akhirnya melarat ke luar dewan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment