Pengasas dan bekas anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kamarulzaman Habibul Rahman hari ini membuat laporan polis terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas dakwaan memfitnahnya.
Bercakap dengan pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini, Kamarulzaman berkata ketua pemuda BERSATU itu telah menuduhnya menerima "dedak" untuk meninggalkan parti itu.
"Ini satu dakwaan berniat jahat dan mencemarkan nama saya sebagai guru, sebagai pegawai pejabat pendidikan daerah," katanya.
Beliau memberikan tempoh seminggu kepada Syed Saddiq untuk menarik balik kenyataan itu jika tidak mahu berhadapan tindakan undang-undang.
Kamarulzaman menafikan telah didekati mana-mana pihak dan ditawarkan sogokan agar meninggalkan parti itu, seperti didakwa Syed Saddiq.
"Sebenarnya tiada tawaran dedak atau apa tawaran sekalipun," katanya.
Syed Saddiq pada sidang media Isnin lalu mendakwa wujudnya konspirasi untuk melemahkan BERSATU dengan "mengancam dan menyogok" para pengasasnya, antaranya Kamarulzaman, bekas naib presiden Datuk Hamidah Othman dan dirinya sendiri.
Beliau juga mendakwa tawaran itu, termasuk wang berjumlah RM5 juta, berkaitan dengan seorang individu dalam pejabat perdana menteri.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment