Write For Us

Pengasas DAP terima penjelasan mengapa guna logo PKR

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
164 Views
Published
Veteran DAP dan salah seorang pengasasnya, Chen Man Hin akur dan menerima penjelasan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke mengenai parti DAP yang akan menggunakan logo PKR dalam pilihan raya umum akan datang.
Selepas menerima penjelasan mengenai isu itu daripada Anthony, Chen berkata langkah itu adalah demi "Malaysia yang lebih baik", dan menunjukkan ibu jarinya tanda bagus dalam siaran video oleh Anthony Loke di Facebooknya.
Chen Man Hin dilaporkan oleh Sin Chew Daily semalam membantah langkah parti DAP untuk menggunakan logo PKR dan bukannya logo roket mereka dalam pilihan raya akan datang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment