Pemerintah Amerika Syarikat (AS) pada Ahad mengesahkan rangkaian komputernya diserang serangan siber, dan The Washington Post melaporkan sekurang-kurangnya dua jabatan termasuk Perbendaharaan menjadi sasaran penggodam Rusia.
“Kami bekerjasama rapat dengan rakan agensi selepas menemui aktiviti serangan itu di dalam rangkaian pemerintah,” kata jurucakap Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur (Cisa).
The Post melaporkan penggodam tersebut ada kaitan dengan serangan yang berlaku pada minggu lepas terhadap sebuah firma siber sekuriti FireEye, yang mengatakan pertahanan milik mereka berjaya ditembusi oleh penggodam dengan bertindak mencuri perisian yang digunakan untuk menguji sistem komputer pelanggan.
FireEye mengatakan penggodam itu disyaki ditaja negara tertentu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment