Write For Us

Penggunaan Internet kini lebih 89 peratus - Jailani

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Penggunaan Internet di negara ini kini meningkat kepada 89.3 peratus berbanding 80 peratus pada 2016, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata kajian pengguna media sosial mendapati 15.5 peratus pengguna adalah dalam kalangan remaja berumur 19 tahun ke bawah.
"Hasil dapatan kajian itu juga mendapati pengguna media sosial menggunakan Internet sekitar empat jam sehari," katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai).
Beliau berkata pemilik akaun Facebook meningkat daripada 96.5 peratus pada 2016 kepada 97.3 peratus setakat ini, selain Instagram (46.7 peratus kepada 56.1 peratus) dan Twitter (26.5 peratus kepada 26.6 peratus). - Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment