Write For Us

Pengkritik Anwar, Ummi Hafilda duduk semeja bersama Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
145 Views
Published
Kehadiran Ummi Hafilda Ali yang duduk bersebelahan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Majlis mengumpul dana Pemuda Bersatu di Kuala Lumpur telah mencuri tumpuan ramai.
Ummi Hafilda adalah adik perempuan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pengkritik utama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bercakap kepada pemberita, Ummi mendakwa sentiasa menjadi penyokong setia Mahathir.
"Saya rasa saya harus setia kepada Tun (Mahathir). Malah pada hari ini, saya masih menganggap beliau adalah pemimpin terhebat, perdana menteri yang paling besar," katanya.
Dengan menegaskan bahawa Mahathir mungkin mempunyai kesalahan, Ummi Hafilda, bagaimanapun, berpendapat bahawa seluruh dunia menyedari kesalahan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Ummi turut menawarkan diri untuk menjelajah ke seluruh negara bersama Mahathir untuk mengubah persepsi negatif terhadap Mahathir.
Ahli perniagaan itu turut bersumpah tidak akan kembali kepada Umno jika disembah untuk kembali bersama parti melayu itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment