Golongan pengundi muda di Johor tidak ketinggalan untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan keluar sejak awal pagi bagi membuang undi.
Daarshini Shankar yang mengundi buat pertama kali di DUN Permas mahu isu pendidikan diberi perhatian, khususnya dasar kuota kemasukan pelajar ke matrikulasi berasaskan kaum dimansuhkan.
Nur Maisarah, pengundi baru di DUN Perling turut berkongsi keterujaannya dan menyifatkan proses pengundian pagi ini berjalan lancar.
Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas berikutan pendaftaran automatik Undi18.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment