Write For Us

Peniaga amuk dengan pisau ke lokap

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
PENIAGA buah ditahan reman empat hari bermula Sabtu, selepas mengacukan pisau kepada anggota penguat kuasa tempatan (PBT) di Pasar Teluk Wanjah, Alor Setar.
Peniaga berusia 50-an itu didakwa melakukan perbuatan itu ketika gerainya dihampiri anggota Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) pada 10.30 pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan tahanan itu.
Katanya, peniaga berkenaan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.
Dalam pada itu, Ketua Bahagian Penguatkuasaan MBAS Ahmad Syaher Abu Bakar berkata, tindakan penguatkuasaan terpaksa diambil ke atas peniaga itu kerana dia melanggar syarat lesen.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment