Write For Us

Peniaga Johor Bahru kena tempias kuarantin Singapura

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Pusat beli belah sekitar Johor Bahru, dijangka terjejas susulan tindakan Singapura memperketatkan kawalan penularan COVID-19 di negara itu menerusi penguatkuasaan Notis Larangan Keluar Rumah (SHN) sejak Selasa lalu.

Tinjauan di Angsana Johor Bahru Mall, mendapati pusat beli belah yang menjadi tumpuan dan popular dalam kalangan penduduk tempatan serta warga Singapura itu lengang, berbanding keadaannya penuh sesak tanpa mengira waktu sebelum ini.
Lot niaga yang kebiasaannya dipenuhi pelanggan terutama dari Singapura, kini sepi, manakala medan selera di beranda luar pusat beli belah itu yang sebelum ini sentiasa sesak juga semakin suram.
Pembantu jualan lot niaga kerepek dan kuih tradisional, Siti Hamiza Alwi, 25, mengakui sejak hampir dua minggu lalu pengunjung terutama dari Singapura mula berkurangan berbelanja di situ.
Kementerian Kesihatan Singapura dilaporkan menguatkuasakan Notis SHN bagi penduduk Singapura dan pemegang pas jangka panjang yang pulang ke Singapura dari tanah besar China dalam tempoh 14 hari lalu.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment