Write For Us

Peniaga pertahan pemuda Bersatu dan MP, salahkan 'persatuan bodoh'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Peniaga bazar ramadan Jalan Masjid India hari ini tampil mempertahankan Ketua ARMADA BERSATU Bukit Bintang, Mohd Noorhisyam Abdul Karim dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun berikutan dakwaan bahawa seorang pemimpin Pemuda BERSATU menggunakan hubungan politik untuk mengaut ratusan ribu ringgit kerana menganjurkan bazar Ramadan di Kuala Lumpur.
Menurut wakil peniaga, Mohamad Azman Abd Rahman kedua-dua mereka langsung tidak mengambil duit untuk tapak mereka dan menyifatkan dakwaan mengambil duit itu fitnah semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin terbabit dan peniaga yang terlibat.
Azman yang ditemui pada sidang media di Jalan Masjid India menyalahkan persatuan-persatuan yang ada kerana menyalahkan peniaga 'rambo'.
Namun Azman tidak menyebut secara spesifik persatuan mana. Untuk rekod panggilan peniaga 'rambo' ialah paggilan untuk peniaga yang tidak mempunyai lesen.
Isu timbul apanbila satu surat sokongan yang dikeluarkan Foon kepada Ketua Pemuda BERSATU Bukit Bintang, Mohd Noorhisyam Abd Karim untuk mendapatkan kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menganjurkan bazar itu.
Surat dari DBKL kepada Mohd Noorhisyam, yang menjadi tular di media sosial, menunjukkan bahawa 80 lot telah diluluskan untuk perniagaan selama sembilan hari dengan bayaran RM6,238.
Walau bagaimanapun, dakwaan timbul menyatakan bahawa Mohd Noorhisyam mengaut sehingga RM5,000 dalam bentuk sewa dari setiap lot melalui orang tengah.
Noorhisyam bagaimanapun telah menafikan dakwaan terbabit dan menggesa pihak berkuasa menyiasat pihak yang menuduhnya menyalahgunakan hubungan politik untuk mendapatkan hak tapak perniagaan bazar Ramadan dan menyewakannya dengan kadar melampau.
Noorhisyam membuat laporan polis di ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi kira-kira 1.30 tengah hari ini 18 Jun lalu.
Turut membuat laporan polis ialah Fong Kui Lun pada hari ini dan dalam laporan polisnya, Fong menafikan mengetahui sebarang tapak bazar atau bersetuju surat sokongannya digunakan untuk tujuan berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment