Write For Us

Penjualan nombor plat khas jana lebih pendapatan pada kerajaan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Penjualan nombor plat khas kenderaan yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kerajaan bakal menjana lebih pendapatan kepada tabung kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Mengambil contoh nombor siri plat 'Malaysia' yang diperkenal Ogos lalu, beliau berkata kerajaan menjana RM13 juta hasil penjualan nombor siri itu.
"Bagi nombor siri 'Malaysia 1' sahaja, kerajaan menjana RM1,111,111," katanya menjawab soalan Ma'mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Ma'mun bertanya sama ada nombor pendaftaran kenderaan istimewa yang selalu mendapat permintaan tinggi dapat dikenakan harga siling dalam pembelian terbuka kepada orang ramai.
Loke turut mengulangi bahawa nombor pendaftaran khas tidak lagi akan diberi kepada badan bukan kerajaan (NGO) atau pihak persendirian.
Katanya dasar baharu menetapkan semua nombor pendaftaran khas akan dikeluarkan oleh JPJ dan kerajaan sahaja.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment