Write For Us

Penuduh skandal Mat Sabu akan diheret ke mahkamah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mendakwanya mempunyai rakaman skandalnya dengan seorang wanita.
AMANAH pula akan mengambil tindakan sama terhadap tiga individu yang terlibat dalam sidang media itu semalam kerana menyamar sebagai anggota mereka, menurut timbalan setiausaha agung parti itu Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
Ahmad Kerdee berkata semakan dalam pangkalan data keanggotaan mereka mendapati nama individu yang mengetuai sidang media semalam, Rizal Bakar, tiada dalam pangkalan data keanggotaan mereka.
Dalam sidang media di ibu pejabat AMANAH di ibu negara, Ahmad Kerdee juga berkata hanya seorang Rizak Bakar menjadi anggota mereka, tetapi beliau bukan anggota di Kedah dan bukan juga pihak yang mengadakan sidang media itu.
Berkaitan dakwaan skandal itu, Ahmad Kerdee berkata tuduhan sebegitu memang lazim setiap kali menjelang pilihan raya umum.
- Lelaki misteri ancam dedah 'video seks' pemimpin AMANAH
Rizal, yang hadir bersama dua lagi lelaki, semalam memperkenalkan diri sebagai anggota AMANAH Kuala Kedah dan mengaku sebagai pengkagum Mohamad meminta penjelasan sama ada pemimpin itu mempunyai skandal dengan seorang wanita.
Beliau menunjukkan tangkap layar perbualan Whatsapp antara “Mohamad Sabu” dan seorang wanita serta rakaman suara perbualan mereka.
Dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur juga, Rizal mendakwa mempunyai rakaman video tetapi hanya akan mendedahkan selepas 36 jam (Ahad ini).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment