Write For Us

Penyasaran subsidi diesel tunjuk kesan positif - Amir Hamzah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
3 Views
Published
Tanda awal pendekatan penyasaran semula subsidi diesel baru-baru ini menunjukkan kesan positif dalam mengurangkan ketirisan, kata Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan.

Katanya jika dibandingkan jualan runcit diesel sebelum dan selepas penyasaran semula subsidi, setakat ini jualan purata harian di stesen minyak Semenanjung Malaysia berkurang lebih 30 peratus dan stesen di kawasan sempadan turun lebih ketara iaitu di antara 40 peratus dengan 50 peratus.

Amir menjawab soalan Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) mengenai penyelarasan subsidi diesel yang dilaksanakan dengan memberi bantuan Budi Madani kepada pemilik kenderaan diesel M40 dan B40.

Sumber video: https://www.youtube.com/live/03Ldol3B0es
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment