Write For Us

Penyelesaian gangguan siaran TV digital tak lama lagi - Menteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata penyelesaian berhubung isu gangguan perkhidmatan ujian televisyen digital MYTV yang sedang berlaku diharap dapat dicapai minggu depan.
Beliau berkata proses rundingan antara MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) dan Telekom Malaysia (TM) bagi menyelesaikan isu itu menunjukkan hasil memberangsangkan.
"Saya sudah arahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk cuba selesaikan masalah ini melalui rundingan antara MYTV dan TM dan saya dimaklumkan proses itu telah menunjukkan hasil.
"Mungkin isu ini dapat selesai seminggu dua ni, tetapi kita perlu penetapan had masa. Saya harap penyelesaian ini dapat dicapai minggu depan, kalau tidak saya selaku menteri akan cuba berjumpa kedua-dua pihak untuk melihat bagaimana perkara ini nak diselesaikan supaya dapat maju ke depan," katanya semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) berhubung langkah segera yang diambil kementerian dalam menyelesaikan masalah penggantungan siaran televisyen digital MyTV yang berlaku di beberapa negeri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment