Write For Us

Penyokong WARISAN dan BN mula berkumpul

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Penyokong Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Barisan Nasional (BN) mula berkumpul sejak jam 7 pagi pada Sabtu, 4 Januari, di kawasan yang disediakan untuk penyokong masing-masing, sebelum bergerak ke pusat penamaan calon PRK Kimanis di Dewan Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun Banir, di Beaufort, pada jam 9 pagi.
Dua kawasan disediakan kepada penyokong masing-masing berkumpul iaitu Kompleks Sukan Beaufort bagi WARISAN, manakala berhampiran SMK Beaufort bagi penyokong BN.
Kedua-dua kumpulan penyokong mula berarak ke pusat penamaan calon mengikut laluan yang ditetapkan pada jam 9 pagi.
PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment