Write For Us

Perarakan Maulidur Rasul di Masjid India

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad menyertai lebih 2,000 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India Muslim berarak sempena sambutan Maulidur Rasul di ibu negara hari ini.
Program anjuran Kelab Belia Muslim Malaysia (MMYC) dengan kerjasama Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) itu turut disertai Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Ajib Ismail bersama pimpinan NGO serta orang ramai di sekitar Masjid India dekat sini.
Khalid berkata, program berkenaan adalah ruang umat Islam menunjukkan kesatuan dan rasa cinta kepada Rasulullah SAW.
“Walaupun ia adalah anjuran pertubuhan NGO, inilah yang kita katakan Rahmatan Lil Alamin. Ia berpaksikan kasih sayang dan hormat menghormati.
“Umat Islam hari ini bersatu hati menunjukkan rasa sayang kepada Nabi Muhammad SAW, kita berselawat ke atas baginda,” katanya.
Turut hadir Presiden PRESMA Datuk Jawahar Ali Taib Khan.
Sementara itu Jawahar Ali berkata, program yang diadakan masuk tahun ke lapan itu bertujuan menyemarak rasa cinta kepada Rasulullah.
“MMYC mengambil inisiatif ini dan kita sokong kerana ia adalah pengisian yang baik, kita dapat bersama-sama berselawat tanpa ada gangguan dan ia berjalan lancar. Insya-Allah kita akan teruskan pada masa depan.,” katanya.
Kehadiran Khalid pada program itu mencuri tumpuan orang ramai terutama di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman yang merakamkan gambar bersama Ahli Parlimen Shah Alam itu.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment