Write For Us

Perginya tiga sekeluarga

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Tiga sekeluarga maut manakala seorang lagi melecur selepas kediaman mereka terbakar dalam kejadian di Jalan Binjai, Pandamaran, pagi Jumaat, 6 Disember.
Dalam kejadian 3 pagi itu, mangsa yang maut dikenali, Pua Yoke Moi, 70; Soon See Eng, 54, dan Ang Kar Hian, 22, yang juga lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemui rentung dalam dua bilik tidur di rumah berkenaan.
Seorang lagi mangsa, Ang Cheng Kiat, 55, melecur 50 peratus dan dua lagi mangsa, Ang Kar Chin, 27, dan Ang Kam Siew, 30, berjaya menyelamatkan diri.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan pada 3.12 pagi dan sepasukan 24 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang dan Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment