Write For Us

Perjanjian Bandar Malaysia ditambah baik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
73 Views
Published
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Disember menyaksikan majlis memeterai perjanjian baharu untuk pembangunan Bandar Malaysia yang menyaksikan tambahbaik faedah kepada kerajaan.
Perjanjian itu membabitkan TRX City Sdn Bhd (TRXC), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dengan konsortium IWH CREC Sdn Bhd (IWH-CREC) yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).
Mengikut perjanjian baharu itu, IWH-CREC akan memperoleh 60 peratus pegangan ekuiti dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB), pemaju induk projek ini, daripada TRXC yang juga syarikat induk mereka.
Pembayaran oleh IWH-CREC untuk kepentingan 60 peratus itu dimeterai bagi tanah Bandar Malaysia yang bernilai RM12.35 bilion seluas 188.6 hektar, di tapak Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.
April lalu, Dr Mahathir mengumumkan kerajaan akan meneruskan semula projek Bandar Malaysia dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM140 bilion selepas ia ditangguhkan secara tiba-tiba pada Mei 2017.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment