Write For Us

PERKASA bimbang perpaduan nasional seperti 'telur di hujung tanduk'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
149 Views
Published
NGO Peribumi Perkasa Negara (PERKASA) hari ini menyatakan kemasukan besar-besaran pelaburan dari China mengancam Melayu dan pribumi.
Timbalan Presiden Perkasa Datuk Sirajuddin Salleh ketika ucapan perasmian persidangan khas tahunan sayap-sayap PERKASA Malaysia kali ke 4 berkata, pihaknya bimbang dengan perpaduan nasional yang semakin goyah dan rapuh seperti telur di hujung tanduk.
Ini kerana menurutnya, kelulusan oleh kerajaan terhadap pembinaan 10 lagi sekolah cina yang sekaligus mendalamkan jurang perkauman.
“Bimbang akan masa depan Islam dan Melayu di bumi yang telah didiami sejak 63,000 tahun lalu.
“Bimbang akan kata-kata Hang Tuah bahawa ‘tak akan Melayu hilang didunia’, akan hanya tinggal sebagai mitos dan sejarah,” katanya.
Persidangan Khas Tahunan Sayap-Sayap Perkasa Malaysia Kali Ke-4 2017 diadakan di Kuala Lumpur bermula hari ini dan esok.
Menurut laporan Bernama, setakat November 2016, dagangan dua hala antara Malaysia dan China mencecah RM170.6 bilion sepanjang tahun itu, meningkat 1.3 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment