Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mencadangkan supaya pesalah rasuah dikenakan hukuman rotan mandatori dan penjara seumur hidup.
Pengerusi Biro Integriti dan Antirasuah PERKASA Jais Abdul Karim berkata hukuman berat itu, yang dikenakan bagi kesalahan mengedar dadah, perlu dilaksanakan bagi membendung masalah rasuah di negara ini.
Beliau berkata demikian pada Forum Rakyat Bangkit Menentang Rasuah anjuran PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di Kuala Lumpur, malam tadi.
Jais berkata kerajaan juga perlu memperkenal akta baharu yang dikenali sebagai 'Akta Sabotaj Ekonomi' bagi membolehkan pesalah rasuah ditahan tanpa jaminan dalam tempoh masa tidak terhad.
Akta itu yang membawa kesan sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperlukan supaya proses siasatan boleh dijalankan dengan lengkap.
Jais berkata rakyat Malaysia di semua peringkat juga mesti berani dan proaktif untuk tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Malah, katanya laporan juga boleh disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan antirasuah supaya mereka boleh membantu menyalurkan laporan kepada pihak berkuasa.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment