Write For Us

Perlu bezakan lompat parti kerana prinsip atau kepentingan lain, kata penganalisis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Penganalisa politik Wong Chin Huat berkata tindakan lompat parti bukan suatu perkara yang luar biasa dalam sistem demokrasi kerana Perdana Menteri United Kingdom yang terkenal iaitu Winston Churchill juga pernah berpindah parti sebanyak tiga kali.

Bagaimanapun kata Wong, persoalan yang harus dijawab adalah sama ada sistem demokrasi di Malaysia berfungsi menangani isu wakil rakyat lompat parti dan parti politik yang keluar gabungan, yang menurutnya ia adalah dua isu yang berbeza.

Wong berkata, masalah ini turut dihadapi di India dan juga negara-negara lain yang baru sahaja mengamalkan sistem demokrasi.

Oleh itu jelasnya, perlu difahami sama ada tindakan lompat parti di negara ini dibuat atas perbezaan prinsip atau 'kepentingan lain'.

Selain itu katanya, ramai ahli politik yang merupakan 'penerima manfaat' daripada tindakan lompat parti seperti yang berlaku di Sabah selepas PRU-14, apabila ahli-ahli politik melompat parti dan menyokong Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan sebagai ketua menteri.

Wong berkata demikian dalam satu sesi forum dalam talian kelolaan Bersih 2.0 yang membincangkan gejala lompat parti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment